Wednesday, December 23, 2009

BUKU ASAS MAKEUP


THE PERFECT BOOK IN BAHASA MELAYU KELUARAN ALAF 21


Seraut wajah yang pucat dan polos boleh berubah manis serta memikat de­ngan hanya secalit gincu bersama selayang bedak. Bersolek dan ber­dandan memang tidak boleh dipisahkan dengan wanita. Fitrah wanita sentiasa mahu tampil cantik, anggun dan menawan. Namun tidak semua berpeluang untuk mempelajari cara yang betul tatkala bersolek.
Untuk itu Amy Janz dan Lily Haslina Nasir ber­ganding tenaga, berkongsi segala tip, petua dan langkah demi langkah untuk dikongsi bersama anda yang ingin tampil lebih cantik dan menawan. Diharapkan buku ini dapat membantu wanita untuk ke­lihatan lebih sempurna tatkala bersolek. Bermula dengan me­ngenali peralatan dan fungsi, teknik solekan serta cara bersolek yang paling asas hingga­lah tip untuk ber­solek malam, majlis, solekan ringkas, funky yang boleh menampilkan kelainan untuk solekan anda.
Mudah-mudahan buku ini memberi manfaat serta ke­yakinan kepada setiap wanita untuk tampil lebih ber­keterampilan.

Tahniah buat Amy Janz dan Lily Haslina Nasir. BUKU INI SEDANG DI CETAK. SILA HUBUNGI ALAF 21 03-55118820/21 (Harganya RM19.90) 144 halaman. JOM BELI!